Mengenai Kami

DAYAN BIZ EMPIRE (DBE) sebuah syarikat enterprise ditubuhkan pada 11hb Julai 2018 oleh Dayan Nordin seorang ahli perniagaan dan peminat produk pewangi dan haruman, bagi memperketengahkan produk Pewangi (Eau de Parfum) dan juga produk yang berasaskan Minyak Wangi yang berjenama DAYAN yang direkabentuk dari Master Perfumer dan ahli kumpulan usahasamanya yang telah pun berkecimpung dalam industri pewangi lebih dari 20 tahun.


Rekabentuk (Design) Haruman adalah Asli, berIdentiti Sebenar dan tanpa mengambil inspirasi dari mana-mana jenama lain.


Minyak Wangi Eau de Parfum yang dihasilkan adalah daripada kelas EDP yang menggunakan notes material-material yang asli dan mahal seperti Musky, Woody seperti Sandalwood dan Gaharu, Jasmine dan Floral-floral lain seperti Patchouli, Kenanga, Lavender, Citrus dan beberapa material yang premium lagi.


Produk-produk lain yang berasaskan pewangi yang dikeluarkan oleh DBE adalah seperti Wax Wangi Rambut, Pelebat Rambut dengan Ekstrak Pokok Tin dan Aloe Vera, Gel Wangi Rambut, Pewangi Gosok Pakaian, Pewangi Kereta dan sebagai dengannya.


DBE sentiasa menekankan aspek Kualiti Produk dan Keaslian Produk bagi memberikan kepuasan penggunaan oleh pelanggan. Di samping itu, DBE merancang menambahkan lagi variasi dan jenis produk yang berasaskan pewangi untuk kepelbagaian kegunaan dan pilihan.


Selain dari membuat perniagaan secara online, DBE berhasrat untuk mengembangkan perniagaan dengan mengujudkan kedai-kedai dan showroom-showroom offline di seluruh Malaysia melalui Ejen dan Pengedarnya, supaya pelanggan-pelanggan di seluruh negara dapat mengakses dan mendapatkan sendiri produk-produk DAYAN dengan lebih mudah.


DBE mempelawa anda mencuba menggunakan produk kami yang dibuat oleh pengusaha tempatan, halal digunakan dan berkualiti antarabangsa.